Ahad, 20 November 2011

Contoh Karangan dalam pelbagai bentuk dan laras berdasarkan satu tajuk.

Laras Berita

Lima Buah Kereta Terlibat dengan Kemalangan

KAJANG, 8 November - Lima biah kereta terlibat dengan kemalangan jalan raya di Kilometer 12,Jalan Semenyih, Seremban. Kemalangan berlaku dalam hujan lebat kira-kira jam 7.00 pagi.
      Menurut polis, kemalangan berlaku apabila seorang pemandu memberhentikan keretanya secara tiba-tiba disebabkan kebocoran tayar. Kereta-kereta yang mengekori di belakang kereta tersebut terpaksa membrek secara mengejut.
      Akibatnya, kereta-kereta tersebut telah melanggar sesama sendiri. Hanya kecederaan ringan yang dilaporkan. Walau bagaimanapun, kesemua kereta yang terlibat mengalami kerosakan teruk.
      Pihak polis menasihati orang ramai khasnya pemandu kenderaan supaya memandu dengan lebih berhati-hati. Selain itu, mereka diminta supaya tidak memandu laju ketika hujan kerena jalan menjadi licin dalam keadaan cuaca sedemikian.


Laras Cerita

Kemalangan jalan raya semakin meningkat. Keadaan ini berlaku disebabkan pertambahan kenderaan yang berada di jalan raya. Selain itu, sikap pemandu turut menyumbang kepada masalah tersebut.
      Oleh sebab kemalangan jalan raya menyebabkan kerugian kepada mangsa dan negara, langkah-langkah untuk membendung perlu dilakukan.
      Sikap pemandu merupakan salah satu penyebab berlakunya kemalangan jalan raya. Oleh itu, pemandu perlu diingatkan agar bertimbang rasa di jalan raya.
      Keadaan kenderaan yang sudah uzur juga boleh menjadi penyebab berlakunya kemalangan jalan raya. Oleh itu, kereta-kereta yang terlalu uzur perlu dilarang menggunakan jalan raya. Jika tidak, nyawa pemandu dan orang ramai mungkin terjejas.
      Kempen keselamatan jalan raya perlu diteruskan dari semasa ke semasa. Radio dan televisyen haruslah memainkan peranan yang lebih berkesan memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang pemanduan berhemah.
      Guru-guru juga boleh memainkan peranan dengan memberikan peringatan kepada murid-murid tentang keselamatan jalan raya dari semasa ke semasa. Sekolah juga boleh mengadakan kempen keselamatan jalan raya dengan lebih kerap.
      Jika langkah-langkah di atas dapat dilakukan, kemalangan jalan raya akan dapat dikurangakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan